Tuesday, July 9, 2013

Alhamdulillah!!! Dapat claim rawatan pesakit luar : Cyst operation

kelmarin dapat phone call dari pihak prudential. Minah nie cakap claim untuk client aku dah siap. Alhamdulillah..... walaupun tak masuk panel hospital pun client boleh claim. bayar dulu claim kemudian. Client nie kena detect ader cyst maser dier deliver her first baby. After 14 days, dr suruh mai balik untuk check up. So, client aku pun pi lah jumpa dr pakar sakit puan tue. Biler dr check, cyst dier tak surut jugak. Kena operation on the spot.... So.. hubby client aku call pasal nak tahu boleh claim ker tak? Aku cakap boleh jer claim..So.. dapat lah isterinya yang tersayang kena operate buang cyst.. 

Buat operation nie bukan kat spital.. hokkeeyyyy.. Tapi kat klinik pakar sakit puan. Pun... korang boleh claim. Tak yah dok spital. Yerlah.. dok spital kena warded bagai semua tue pasal nak guna medikal kad terus.. Senang sikit tak yah kuar duit bagai. Pun.. boleh jugak. Nak nasihat client pi spital warded bagai, panjang citer ... kata hubby client tue. Aku Ok jer.. kalu cukup duit nak bayar operation tue.. aku ON jer.. Apa yang aku tahu hubby dier bayar guna credit card. Kos bayaran operation cyst tue RM2,130. Nie dikira minor operation jer. Tapi dr tue bius satu badan dooohhh. After 8 hours baru client aku sedar. Operate sehari jer. Tak bermalam kat klinik tue. terus hubby dier bawak balik.

Esoknya, hubby dier bagi resit asli (YANG PASTI KENA ORI), kat aku. Aku pun suruh Dr tue isi borang medikal report pasal nak hantar kat prudential. takder medikal report claim tak lepas.. Hokkeeehhhh.... 

Tunggu punyer tunggu.. kira2 makan masa lebih sikit dari 14 hari waktu bekerja.. maka dapatlah cheque claim tue. Aku sungguh happy pasal client aku happy. Bukan setakat happy dapat balik claim tue, malah dier happy dapat elaun bedah lagi sebanyak RM125. So, duit nie buat beli susu anak OK.. client ku...


Abis citer aku pasal manfaat rawatan pesakit luar atau dalam bahasa omputeh Outpatient Treatment benefit. 

6 comments:

Unknown said...

sis,kalu kt hsptl kerajaan brp kos kene utk operate cyst ni?

akok is a person not a kuih said...

Hi cik Kitty bulat,

Terima kasih kerna sudi bertanya

Kalau di spital gomen kosnya dalam RM300-RM500... tapi.. u kena tunggu turn lah kalau nak buat operation nie.. Biasaklah.. kena beratur panjang.

Anonymous said...

Erm lau g wat checkup utk ibu mengandung leh claim ke? Ye la g checkup kat private caj hampir 200.

akok is a person not a kuih said...

sorry.. check untuk ibu mengandung takaful tak cover n TAK BOLEH Claim...

Anonymous said...

salam sis..brape kos utk laparoskopi di pantai medical centre dan bleh ke claim dgn takaful

akok is a person not a kuih said...

Hi...

Normally private hospital tak kiralah Pantai medical centre ke// akan cost anggaran RM6,000 - RM7,000. Jika major operation boleh lead to RM20K, macam Buang cyst.. endo.. etc..

Laparoskopi boleh claim dengan takaful akan tetapi ader situasi yg TAK BOLEH CLAIM:-

1. Jika laparoskopi melibatkan kehamilan atau yg berkenaan dengannya. Contoh komplikasi kehamilan

2. Buat Laparoskopi pada pre exisiting illness. Contoh nya sebelum dier ambik Takaful, dier dah ader penyakit Endromeotosis. Biler Takaful dier approved, dier nak buat Laparoskopi.. dah tentulah Takaful x cover due to pre exisitng illness.

3. Buat Laparoskopi maser tempoh bertenang. Untuk medical card, selepas 90 hari baru boleh guna. Jika ia berlaku pada maser 90 hari, kemungkinan x boleh cover.

4. Jika Laparoskopi melibatkan kecantikan, untuk check up semata2, Takaful Takkan Cover.

harap saya menjawab soklan

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...