Friday, July 21, 2017

"Katakan diri saya telah tiada nanti, apa yang perlu pasangan saya buat dengan harta peninggalan?"


/ Takaful
/ Unit Amanah
/ Asbf
/ Kwsp
/ Rumah 2 nama
/ Kereta & motosikal
/ Alatan pejabat
/ Emas
----
Antara susunan cadangan yang perlu Tuan / Puan perlu buat dalam hal HARTA yang ditinggalkan :
1. Segerakan urusan jenazah. Kos-kos yang mendatang boleh diambil dari harta yang ditinggalkan ( Jika ada tabung kecemasan, boleh gunakan terus harta ini )
/ Kos mandi
/ Kos kain kafan
/ Kos gali kubur
( Sekarang telah pun wujud SET LENGKAP JENAZAH, boleh dapatkan di mana-mana kedai jika tidak menyertai khairat kematian masjid / surau )

2. Pasangan terus semak siapa yang layak mewarisi harta kita. Jika wujud orang-orang di bawah ini, mereka terus layak tanpa ada halangan kecuali halangan "wasfi"
1. Mak
2. Ayah
3. Pasangan
4. Anak lelaki
5. Anak perempuan

(Di Malaysia, satu perkara pelik apabila berlaku kematian kemudian harta yang ditinggalkan arwah terus dibincangkan urusannya - Dicadangkan orang yang berpengaruh arwah ATAU pihak ketiga menjadi penengah)

3. Kumpulkan hutang-piutang yang diketahui dan diragui. Asasnya, hutang ditolak terlebih dahulu sebelum diagihkan
RM 500,000 (harta) - RM 20,000 (hutang) = RM 480,000 (harta yang boleh diagihkan)
Secara amalan, hutang-piutang arwah biasa dengan bank / institusi, jadi PENYELESAIAN setiap harta yang berhutang adalah berbeza-beza. Contoh rumah yang masih berhutang dan persoalannya :
1. Adakah waris meneruskan pembayaran?
2. Apakah pihak bank terus membekukan rumah?
3. Siapakah waris yang patut membayar hutang?.
4. Adakah isteri yang meneruskan bayaran hutang ini akan mendapat hak keseluruhan rumah?
5. Bagaimana rumah ini dibicarakan kerana ianya belum milik sempurna (masih berhutang)?.
6. Apakah pasangan perlu membayar terus semua hutang yang ada dari harta pusaka?.
Jika tidak ada aset cair, adakah perlu menjual rumah @ tanah untuk menampung hutang?.
7. Apakah waris perlu mendapatkan surat dari bank / institusi untuk bicara kuasa sebelum keluar Surat Kuasa @ Probet?
----
3 tips sahaja pada hari ini. lain kali boleh kemukakan tips, adakah harta yang ada penama dimasukkan sekali dalam perbincangan pusaka ini.
Atau bagaimana menguruskan pusaka dengan kos yang rendah untuk para waris melalui penamaan.
-----
Ada yang mencadangkan di sudut teori dalam penyelesaian pusaka
1. Hibahkan semua harta, tidak perlu susah-susah melalui proses pusaka
2. Buat pampasan takaful yang besar kepada pasangan untuk membayar bahagian waris lain.
3. Semua urusan terus pergi ke Pejabat Pusaka Kecil kerana kos di Mahkamah Sivil lebih tinggi
4. Tidak perlu ada harta.

copy n paste dari FB Mohamad Akmal Mohamad

0192853910
mbk

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...