Wednesday, October 7, 2015

[Edisi Insuran/Takaful penipu siri 4]: INSURAN BOLEH TUKAR TERMA DAN SYARAT BILA-BILA

Boleh seperti 12.9.1 dalam gambarajah. Jika diarahkan kerajaan Malaysia. Antara kes yg telah berlaku baru-baru ini:
1. GST - arahan dari kerajaan Malaysia untuk mengenakan 6% GST untuk semua manfaat dan rider kecuali manfaat kematian. Maka notis diwartakan, dikeluarkan dan dikhabarkan kepada pemegang polisi sedia ada.
2. MH370 yg hilang- penyiasatan tidak lengkap kerana mayat tidak dijumpai dan serpihan kapal saja yg ditemui. Mengikut undang-undang, jika seseorang pemegang polisi hilang, hanya selepas 7 tahun saja baru pampasan kematian dapat dibayar. Namun, dengan pengumuman kerajaan bahawa MH370 ditimpa "kemalangan", maka wajiblah insuran membayar manfaat kematian dan kemalangan sekaligus.
Gambarajah 1
Bagaimana pula dengan kes yg BUKAN arahan kerajaan Malaysia? Orang suka baca 12.9.3 buku polisi [sila rujuk gambarajah 1) sebagai menunjukkansyarikat takaful/insurans  boleh ubah terma dan syarat sesuka hati, lantas memburukkan syarikat takaful/insurans. Ya, semua syarikat Takaful/insuran mempunyai klausa yg lebih kurang sama saja. 
Syarikat Takaful/Insurans boleh menukar terma yg TIDAK MEMBERI IMPAK KEPADA HAK DAN MANFAAT DALAM SIJIL (12.9.3) [mohon rujuk gambarajah 1). Maknanya berapa nombor yg dijanjikan itulah yg syarikat perlu tunaikan asalkan claim itu valid, tiada fraud dan mengikut undang-undang.
Kes viral yg berlaku pada salah syarikat Takaful pada awal tahun ini , di mana GL disekat utk kemasukan wad penyakit ringan kali ketiga dalam setahun, adakah ia merubah manfaat dalam sijil?
Tidak. Menyekat GL bukanlah menafikan hak pembayaran balik (reimbursement) manfaat perubatan. 
Adakah ia menipu pelanggan? Kontrak TIDAK menipu pelanggan tapi tak tahulah apa yg dikomunikasikan oleh agen kepada pelanggan. Barangkali tiada pengurusan harapan (expectation management), yg membuatkan pelanggan berharap bulan dan bintang semuanya dapat cover dan semua boleh claim.
Apa yg kita boleh belajar di sini? Perlu celik perubatan dan celik undang-undang. Dan semestinya celik kewangan!

DISCLAIMER:
1. Ada perkataan yang saya tukar untuk tidak disalah ertikan (mislead information) oleh pembaca blog saya mengenai syarikat Takaful/Insurans
2. Untuk lihat entri yang asal tanpa pengubahan ayat, entri ini saya petik dari Facebook Faiz Najmi

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...