Friday, August 10, 2012

Infor Takaful: Penama



PENAMA

Kita 80% suami meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka. Namun, hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama. Selalunya isteri akan meletakkan nama anak sebagai penama mereka. Selalunya alasan wanita untuk tidak meletakkan nama suami sebagai penama kerana khuatir suami akan menggunakan harta pampasan takaful tadi untuk perkara yang "tidak disenanginya".

Selalunya wanita tidak meletakkan nama suami sebagai penama takaful mereka kerana khuatir suami akan menggunakan pampasan takaful untuk perkara yang "tidak disenanginya", seperti kahwin lain. Sebenarnya tindakan wanita melatakkan nama anak tidak menyelesaikan masalah "kekhuatiran" itu tadi kerana penama hanyalah pemegang amanah, bukan penerima. Suami masih berhak menerima harta pampasan tersebut melalui faraid.

Berhati-hati sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Ada satu kes, seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan anak. Si mati mengambil polisi takaful. Apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka di bawah umur 18 tahun. Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun.

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...